Khamis, 26 Mei 2011

Resepi Kek Batik

Assalamualaikum

Hari ni saya nak kongsi resepi. Saya memang suka memasak bila saya rajin.
And well,memandangkan saya orang yang memang suke mencube tapi kene ikut kerajnan,jadi saya suke try resepi-resepi mudah. Kalau resepi-resepi yang susah sikit and leceh tu,saya suke jugak try,tapi tunggu cuti semesta la baru saya buat.huhuhu!

Kepada yang tercari-cari resepi kek batik,kat sini saya nak kongsi. Ianya sangat mudah ok! sesuai dimakan masa tea-time,lagi best kalau makan dengan family atau rakan-rakan,baru ada feel.hehe!.ok,ni resepinye :

RESEPI KEK BATIK
Bahan-bahan:
1/2 butter (biasenye saya beli Buttercup yang bentuk macam batu-bata tu,jadi kita gune separuh je
1 tin susu pekat
1 cawan milo (guna cawan yang sama besar dengan tin susu tadi,jadi nisbahnye 1milo:1susu pekat
1 paket 350g biskut marie @ ikut suka (dipatah-patahkan)

Cara-cara membuatnya:
1) Cairkan butter dalam kuali.
2) Setelah butter cair,masukkan susu pekat dan milo pelahan-lahan.
3) Kacau sehingga milo tadi tidak berketul dan agak likat.
4) Masukkan biskut marie dan kacau sehingga sebati.
5) Apabila sudah sebati,matikan api dan masukkan dalam bekas(lebih mudah gunakan loyang pembakar).
6)Tekan sehingga padat dan masukkan dalam peti sejuk.
7)Setelah sejuk,potongkan dan sedia di makan.


Gambar saya pinjam dari Abang Google,masa buat tak sempat ambil gambar.hehe! Tapi hasilnye,akan jadi macam ni la.

P/s : Selamat mencuba

Katak oh Katak

Assalamualaikum



Sape minat katak,sila angkat tangan!
Ok,saya sangatla tak minat katak,geli!
Tak kira la katak tu kalau cium jadi putera raja sekalipun,saya tetap geli dan rasenye belum sanggup nak cium katak la kan.hehehehe!
Dan terima kasih kepada Abang Google kerana telah memberi saya 'pinjam' gambar katak yang comel ni [ tak sanggup letak gambar katak betol.geli!]

Sebenarnya, hari ni nak cerita pasal adik saya.
Pagi tadi,seperti biase kakak yang mithali ni memang kene bangun pagi-pagi sebab adik2 nak pegi sekolah kan walaupun saya tengah bercuti.hehe!
So masa tu bas sekolah dah nak sampai,jadi adik saya dengan confidentnye pakai kasut tanpe mengingat pesan mak saya,kalau nak pakai kasut,pijak dulu kasut tu,takut ade binatang ape-ape kan. Tak,ni bukan petua ape2 la,kalau tak buat pun takpe,tapi kalau untuk orang-orang yang penakut akan binatang yang lembik-lembik tu,better ikut petua ni.

Oleh kerana adik saya tak dengar cakap mak,jadi masa dia pakai kasut tu, dia terase lembik-lembik je dalam kasut tu.
Dia terus je baling kasut tu,dan katak yang duduk dalam kasut tu pun melompat keluar.
Best partnyye,dia menangis teringat kelembikan katak di kakinye.eeeeeeeeewwwwwwwww.haha!

P/s: lain kali ingat pesan mak ok =)

Pelawak Hebat

Asssalamualaikum

Ok,hari ni nak cerita tentang seseorang yang saya sangat minati.
Bagi saya, dia hebat dan berbakat menjadi PELAWAK TERKENAL walaupun dia memang terkenal dalam youtube la kan.huhuhu.

Secara jujur,saya memang suka gelak. So what?? gelak boleh hilang stress kan?haha,annoying gile. ok2,sory. Oleh kerana saya ni memang peminat komedi,sudah semestinyela saya tengok Maharajalawak kan. ewww,saya minat Nabil, Jozan, Jambu dan Sepah.sumpah kelakar dorang tu. and and and,saya memang peminat movie yang kelakar2 ni,so kalau nak ajak saya tengok wayang,silalah ajak tengok cerita komedi ok? haha,perasan amacam ade yang nak ajak.

Sudah! back to our story tadi, saya kata nak cerita tentang seseorang kan? ok,saya kenal dia ni sebab mak saya yang kenalkan dalam fb,ade kawan mak saya yang post video tentang dia ni. Iye,mak saya memang moden,siap ade fb ok.hehehe.Eh,ni bukan mak saya nak jodohkan dengan saya la,i masih muda u.haha.
Ah,senang tengok je ni, memperkenalkan, MAT LUTHFI!!!!!


ni la video yang buat saya kenal dan jatuh hati padanya =)


yang ni sumpah muka macam nak minta penampar.haha!, dia memang kelakar

ok saya bagi satu lagi video dia yang saya suka k,

i adore you!!

Sebenarnya banyak lagi video dia yang saya suke dan semuanya memang kelakar! nak tgk lagi??
Senang je,kalau nak tengok semua video dia, pegi je youtube dan taip MATLUTHFI90 atau taip je MATLUTHFI,mesti jumpe punye.

Ohye,sory kalau saya terlambat memperkenalkan matlutfi ni sebab saya rase ramai kot yang kenal dia ni.haha! kau memang selalu lambat tau cik sharifah oi. ok2,tak kisahla,saya nak minat jugak matluthfi ni.hehe

P/s: jatuh hati dengan lawak loghat kedah matluthfi. keep it up =)

Selasa, 24 Mei 2011

Kenape orang ada rupe selalu untung?

Assalamualaikum




ok,yang ni bakal pakwe saya! haha


yang ni sepupu saya ^.^


yang ni abang tercinta.huwwawawa!


ni pun kakak saya juge.hehe* sambil buat muke malu2.haha!


cantik tak??ni kakak sulung saya.haha!



HAHA! ok,dah habis berangan.Saya nak tanya ni, orang2 yang tersenarai kat atas ni, ade rupe tak?? cantik kan?? handsome kan??? HA,TAU TAKPE!


Ok,baru-baru ni saya ade post status kat FB yang berbunyi 'orang cantik selalu untung'. Ramai yang tanya apesal buat statement macam tu??? kenape berpendapat begitu?? So,hari ni,saya akan menerangkan kenape saya berpendapat begitu. Hal ini kerana [ceh,ayat macam nak buat karangan.haha!] :



  • orang ade rupe ni,pakai ape pun cantik. walaupun kadang-kadang kita tengok baju yang dia pakai tu agak tak berape nak up-to-date or kadang-kadang nampak sangat baju tu baju zaman 1990an dulu, tapi dia pakai nampak cantik je,ayu je,kalau yang lelaki tu,nampak hot je! hehehe. cube kalau orang yang tak berape lawa yang pakai,fuh,nampak sangat la tak lawanye.kan?kan?kan??

  • orang ade rupe ni biasenye dilahirkan kurus,tapi ade gak yang tak kurus but cantik macam saya! haha,sudah-sudahla perasan tu wei! ok2, so,bile rupe cantik,badan cantik gitu,pakai ape pun sesuai.tetap nampak cantik dan handsome gile kan? tak payah fikir,ewww,warne tu tak sesuai dengan i la,baju tu panjang la,tak sesuai dengan i,nanti nampak pendek. see??untung,tak payah dah fikir bende tu sume,sarung ape pun cantik

  • ni last la,orang cantik ni selalu untung sebab semua orang sayang,tapi yang ni cantik dalaman la.tapi lagi bagus kalau cantik luar dalam kan,confirm semua orang sayang! tidak di nafikan lagi.

Ok,sebenarnye,sebab tu je kenape saya cakap orang cantik selalu untung atau lebih tepat lagi orang ada rupe ni beruntung. Tak,bukan saya dengki dorang ade rupe,tak,malah kalau dorang ade rupe pun saya boleh tumpang sekaki jadi peminat.haha! Tapi serius,cemburu dorang pakai ape pun nampak padan je, cantik.kacak. tak payah fikir warne ape yang sesuai,baju labuh la,macam saya.haha! ape nak buat,redha itu lebih baik =)


P/s : nenek saya cakap,kalau lengkap semua anggota badan tu,cantikla tu. buat ape nak cemburu dengan kecantikan orang lain,semua ada kelemahan dan kekuatan kan?







Sabtu, 14 Mei 2011

Tuhan tahu tapi menunggu

Assalamualaikum.



everytime i miss u, i keep repeating this song.

Ok2,kadang-kadang kita selalu doa supaya apa yang kita nak tu tercapai.kan?kan?kan?
Tapi tak semua kite akan dapat kerana Tuhan tahu apa yang terbaik untuk kita.
Tapi mesti kite dengki kan kadang-kadang orang dapt sesuatu tu,mudah je,tapi kite?
So,for me,think positive. Kadang-kadang ape yang kita nak tu,tak dapat on the spot,tapi mane tau satu hari Tuhan kurnikan kat kita.
Tapi kalau tak dapat jugak,jangan salahkan sesiapa,mungkin Tuhan nak bagi yang lagi baik untuk kita. Who knows right?

P/s : u go girl =)

Selasa, 10 Mei 2011

Kagum

Assalamualaikum



Kau ku kenali sejak masih merangkak mencari jalan hidup,

Masih berambut pendek dan tidak bertudung ke sekolah,

Masih belum punya rasa malu untuk bermain masak-masak dengan sahabat berlainan jantina,


Kita sama-sama bersaing sejak dari kecil,

Berlumba-lumba mendapatkan tempat pertama,

Namun kau bukan musuhku,

Kita bagai belangkas,

Bersahabat baik,

Ke hulur ke hilir bersama.


Kini kita sama-sama membesar,

Walau berlainan haluan tapi kita masih mengejar kejayaan yang sama.

Kau makin menawan,punya banyak mata memandang,

Bukan sahaja pada rupa,namun peribadi dan akalmu buat kami semua tertawan.


Namun,bukan itu yang aku kagumkan,

Tetapi sikap setiamu itu yang aku tabik,

Disaat insan lain bekejar,mendabik dada bila pandai berbahasa inggeris,

Namun kau tidak, bahasa bonda yang menjadi peganganmu,

Yang menjadikan kau mendabik dada,berani!


Aku kagum!

Bakal doktor sepertimu,yang jalan hidupnya bakal lebih maju,

Tidak sekali-kali berpaling setia terhadap bahasa yang kau banggakan sejak dulu,

Sejak kau belajar mengarang dan meluahkan isi hatimu melalui sajak-sajak yang menjadikan kau gah di sekolah.
P/s: Kau hebat =)





Rabu, 4 Mei 2011

All the things that boys should know




Assalamualaikum.




I'm sure that many boy out there thinks that women are weird and hard to predict. But,thats make we all unique ^.^ and below all the things that boys should know about girls :



When she is quiet, millions of things are running in her mind.

When she is not arguing, she is thinking deeply.

When she stares at you, she is wondering why she loves you so much despite of being taken for granted.

When she calls you everyday, she wants to know how you are doing.

When she sms you everyday, she wants you to reply at least once.

When she says I love you, she means it. When she says I miss you, no one in this world can miss you more than her.

When she says I will stand by you, she will stand by you like a rock.

Girls are always special. She is said to be 8th wonders. She is always a priceless treasure. Never hurt her or take her wrong or for granted.

Love them unconditionally in all way!


P/s : ^.^




Senyum

Assalamualaikum






Senyum,tak perlu kata apa-apa,

Senyum,tak perlu kata apa-apa.





TENGOK,lagu macam ni pun dah keluar untuk menggalakkan orang senyum ok!
Eh2,bukan saya emo la, cume berpesan.
Kenapa saya berpesan macam ni???
oK, begini ceritanya.....


Pada suatu hari, seorang kakak mithali telah pergi menjemput adiknye pulang dari mendengar ceramah..hehe. Sudah! Straight to the point jela ek.

Ok, hari ahad lepas, bonda dan ayahanda tercinta telah menghantar dua orang adik saya untuk menjalani aktiviti di surau sebelah rumah saya je pun.
Oleh kerana aktiviti tu habis pukul sebelas malam, jadi kakak dorang yang mithali ni la yang jadi mangsa untuk ambil dorang kat surau tu =.=.
Ni la adik2 saya yang kene pegi aktiviti tu




Saya tunggu la adik2 saya kat belakang surau dalam pukul sepuluh camtu,yela,jalan gelap, so saya pegila awal sikit.

Rupenye banyak ibu bapa yang tunggu anak masing2,yela,bahaya budak2 balik rumah malam-malam, sorang2 kan.

Back to our story,selama sejam jugakla saya menunggu,makcik2 kat situ, OMG! sombong sangat.

SENYUM PUN TAK NAK!

Tak senangduduk saya kat situ sambil doa cepatla aktiviti buda2 ni habis,saya nak balik ='(

Makcik, kalau senyum tu memang kene bayar ek sabab tu susah nak senyum???

Oh come on....



P/s : renung2kan,dan selamat beramal.hehehe