Selasa, 13 Disember 2011

Speechless.hehehe

Assalamualaikum.

Sebenarnya nak kongsi sesuatu,

Amalin & Firdaus - Di Hari Jadi from cstproduction on Vimeo.



Video pendek tapi sangat bermakne. Keluar jugakla air mata bile menonton =) sweeeeeeeeeet sgt.

P/s: nilaila sendiri.=)

This is the time

Assalamualaikum.

Bersemperna hari bersejarah ni, 14 DISEMBER 2011,
saya ingin memberi penghargaan kepada Mr.ZR.hehehe
macam nak bagi award plak kan. Tak kisah la labu,nak bagi penghargaan jugak! huhu.
Kerana pada tarikh hari ini,genapla 2bulan saya menjaga BLUE ROSE dan PILOT =DDD.
Mr.ZR diberi penghargaan kerana beliaula insan yang telah menyebabkan saya dapat menjaga dan akhirnya jatuh hati kepada BLUE ROSE dan PILOT. Thanks a lot.
Nak tau siapa BLUE ROSE dan PILOT?


dah dapat klunye?? ok,memang btol.mereka ikan laga tersayang saya. tapi video ni bukan dorang,BLUE ROSE dan PILOT saya lebih cantik dan bijak tau.hehehe.video ni pinjam kat youtube je,supaya boleh bagi klu.heheh

P/s: Terima kasih Mr.ZR =)

Belajar sesuatu dari itu..

Assalamualaikum.


Hari ni saya belajar sesuatu yang sangat bererti dalam hidup.
Sepanjang perjalanan hidup saya,saya melihat dunia dari pandangan mata sendiri,tapi hari ni sangat berbeza,saya mula belajar dan melihat dunia disebalik kata-kata insan sekeliling saya. Dua bende yang saya belajar hari ni:

1. manusia sering lupa bahwa dalam hidup pastinya suatu ketika,kita akan bertemu persimpangan jalan yang memerlukan kita untuk membuat pilihan. Ada insan yang baik yang sentiasa ingin menjaga hati dan menginginkan yang terbaik untuk orang lain dan ada pula yang langsung tidak peduli dan hanya bersifat mementingkan diri. Sebenarnya kedua-duanya ada keburukan dan kebaikan.

2. kita selalu berasa serba salah bila sesuatu yang buruk terjadi pada orang sekeliling kita dan ada pula insan yang hanya pandang dan berlalu. Kedua-duanya juga ada baik dan buruknya.

Sebenarnya,
Bila kita terlalu memikirkan hati dan kebaikan untuk orang lain,pernah tak kita terfikir,siapa pula yang nak jaga hati kita. Tak salah sebenarnya bila kita berniat nak menjaga ukhwah sesama manusia,tapi percayalah,jika kadang kala kita bertindak untuk menjaga kepentingan diri dan lupakan seketika tentang kepentingan orang lain,kita pasti tak kan menyesal dengan jalan yang kita pilih. Cuma ingat satu perkara,jika kita berniat baik, Allah sentiasa akan bersama kita. Tiada manusia yang dilahirkan sempurna. Masa akan jadi pembantu yang setia. Perkara utama.kita kene jaga kepentingan orang lain dan juga kepentingan diri kita. Tiada manusia yang layak menerima kesalahan sesiapa kerana setiap takdir dari Allah,ada hikmahnya =D

P/s: tak tau hari ni kenape serius sangat,cume ingatan pada diri sendiri.hehe. Think positive and u will see the better world ^_^