Selasa, 13 Disember 2011

Belajar sesuatu dari itu..

Assalamualaikum.


Hari ni saya belajar sesuatu yang sangat bererti dalam hidup.
Sepanjang perjalanan hidup saya,saya melihat dunia dari pandangan mata sendiri,tapi hari ni sangat berbeza,saya mula belajar dan melihat dunia disebalik kata-kata insan sekeliling saya. Dua bende yang saya belajar hari ni:

1. manusia sering lupa bahwa dalam hidup pastinya suatu ketika,kita akan bertemu persimpangan jalan yang memerlukan kita untuk membuat pilihan. Ada insan yang baik yang sentiasa ingin menjaga hati dan menginginkan yang terbaik untuk orang lain dan ada pula yang langsung tidak peduli dan hanya bersifat mementingkan diri. Sebenarnya kedua-duanya ada keburukan dan kebaikan.

2. kita selalu berasa serba salah bila sesuatu yang buruk terjadi pada orang sekeliling kita dan ada pula insan yang hanya pandang dan berlalu. Kedua-duanya juga ada baik dan buruknya.

Sebenarnya,
Bila kita terlalu memikirkan hati dan kebaikan untuk orang lain,pernah tak kita terfikir,siapa pula yang nak jaga hati kita. Tak salah sebenarnya bila kita berniat nak menjaga ukhwah sesama manusia,tapi percayalah,jika kadang kala kita bertindak untuk menjaga kepentingan diri dan lupakan seketika tentang kepentingan orang lain,kita pasti tak kan menyesal dengan jalan yang kita pilih. Cuma ingat satu perkara,jika kita berniat baik, Allah sentiasa akan bersama kita. Tiada manusia yang dilahirkan sempurna. Masa akan jadi pembantu yang setia. Perkara utama.kita kene jaga kepentingan orang lain dan juga kepentingan diri kita. Tiada manusia yang layak menerima kesalahan sesiapa kerana setiap takdir dari Allah,ada hikmahnya =D

P/s: tak tau hari ni kenape serius sangat,cume ingatan pada diri sendiri.hehe. Think positive and u will see the better world ^_^

Tiada ulasan:

Catat Ulasan