Khamis, 2 Disember 2010

Ye,saya pun suka ^.^



Sape penah tengok cite nia angkat laptop masing-masing =).
ok2,sebenarnye sejak sekian lama saya terfikir mengapakah ramai antara kawan-kawan saya
sangat suke tengok cerite-cerite korea ni terutamanya perempuan.
Apabila saya tanya apesal diorang gilekan cerita-cerita korea ni,mesti jawapan sama je,
SEBAB GUY DALAM CERITA KOREA HANDSOME!
ok,dah name pun manusia kan,so sudah semestinye suke yang indah-indah belake.

Tapi saya pulak,bile dapat jawapan camtu,takde la terfikir nak pegi tengok pulak kan cerita-cerita ni
sebab saya tak tengok cerita berdasarkan kehenseman pelakon *ceh,cam baik je.haha!

ok2,back to the story, satu hari yang sangat2 la bosan,dah tak tau nak buat ape dah masa tu
nak tido dah terlebih tido,nak study dah nak meletop otak ni mengadap buku *ceh,hiperbola sungguh,cakap jela malas, nak keluar malas pulak nak bersiap, last2 lepak jela dalam bilik bersama rakan-rakan yang memang peminat setia cerita-cerita korea ni kan,sampai boleh meleleh-leleh air mate ni bile sang dara berpisah dengan sang teruna.hihihi, jangan marah ye kawan-kawanku.

Akibat kebosanan terlampau,terdetik la nak join kawan-kawan tengok cerita korea ni,manela tau kan boleh tersenarai sebagai cerita-cerita favourite disamping melihat sendiri hensem sangat ke jejaka-jejaka korea ni.hehehe,tadi cam baik sangat,tapi tengok jugak.

mula-mula tengok tu bosan jugak sebab tak faham cerita, tapi lame-lame saya pulak yang 'ter'minat. dan saya mengaku mulai saat itu saya sangat meminati cerita MY GIRL. tak,bukan sebab hero dalam cerita tu hensem walaupun memang hensem pun,hehe,tapi kerana jalan cerita dia superb!
Best kot bile jalan cerita dia penuh dengan lawak jenaka yang bukan di buat-buat. Hero dia sangatla takde perasaan tapi heroin dia pandai menipu dan kuat berangan,tapi diorang still pasangan yang sweet=)

Ni la satu-satunye cerita korea yang saya penah dan sempat tengok. walaupun agak ketinggalan zaman sikit sebab cerita ni dah lame ditayangkan kat 8tv dan saya baru je menontonnye bulan lepas,saya tetap meminatinya. Thanks to kak rina yang meminjamkan cd cerita ni sampai saya jadi addicted sekarang,hehe dan thanks jugak kepada nadiah,opie,wani dan wawa yang mempengaruhi saya untuk tengok cerita ni. Jasa anda amat la saya hargai. cewah.haha!

P/s: masih mencari cerita korea yang best untuk ditonton sambil boleh gelak2. ye,saya suke gelak=)